Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama
habbatus sauda:
1. Habbatus Sauda Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb.
polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh
badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang
membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2. Habbatus Sauda Kaya dengan Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi
mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya
melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS
dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Habbatus Sauda Kaya dengan Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh
sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan).
Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis
bahan yang mencetus penghasilan histamine.
Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah
alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh
pesakit-pesakit ini.
4. Habbatus Sauda Kaya dengan Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya
menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk
membantu menghalang penyakit kanser.
5.Habbatus Sauda Kaya dengan Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia
mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal
bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus
sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti
cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6.Habbatus Sauda Kaya dengan Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati
boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma
(mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal,
kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon
yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang
menyusukan bayi bertambah.



No comments:
Post a Comment